Wednesday, June 20, 2012

Trip ke Selatan Thai. Yala, Pattani dan Narathiwat.


Baru-baru ni, Pergi ke selatan thai iaitu di Pattani, Yala dan Narathiwat bersama kengkawan. Nasib baik ada kawan yang duduk sana. So.. banyak jugalah dia tolong tunjukkan jalan nak ke sana. Rasa nervous juga nak pergi ke sana. Maklumlah disana kawasan bergolak. Kami mulakan perjalanan ke sana mengikut sempadan kelantan iaitu Rantau Panjang. Ada sahabat kami yang asalnya dekat sana... so bolehlah naik kereta beliau. Disini ada beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.

Naik kereta Hilux. No plate kereta siam.



Naik kereta kena ready minyak penuh. Sebab kat sana minyak mahal. kira-kira dalam RM4- seliter.
Cuba tengok stesen minyak ni. takde orang pun yang beli.



Keadaan dekat sana lebih kurang juga macam tempat di malaysia. 


Tinggalan Sejarah. Masjid Krisik






Jalan lebih kurang highway yang lurus.




Singgah tepi jalan untuk beli buah tangan, Tapi tak sempat nak bawak balik, habis dalam kereta je. hehe




Bersantai sambil makan-makan bersama kengkawan di pantai Narathiwat.


Antara hidangannya... Somtam, Kerabu Sotong dan Mangga serta banyak lagi. nak tahu lagi datang la sendiri .

Suasana tepi pantai dengan kawan-kawan. Meriah kan.


Perjalanan Pulang. Kami pergi 2 hari sahaja. bermalam di Yala.


Sempat tengok kawan yang pergi bersama bermain bola. Rupanya dia tu wakil daerah kat sana.  




2 comments:

ramizu said...

bro berapa jam dari golok ke naratiwat da ke yala

Edikacok said...

lebih kurang 2 atau 3 jam je. ada banyak jalan nak g sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...